30 Ogos 2008

MESYUARAT AGONG TAHUNAN SURAU AS-SAKINAH (AGM) 2008

Assalamualaikum wbt...

Sukacita dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) Surau as-Sakinah, KKB akan diadakan seperti maklumat berikut:

TARIKH: 5 SEPTEMBER 2008 (JUMAAT)
MASA: SELEPAS SOLAT TARAWIH (9.30 P.M.)
TEMPAT: SURAU AS-SAKINAH, KKB

Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

  1. Ucapan Perasmian Mesyuarat Agong Tahunan oleh wakil JAIS
  2. Jamuan ringan
  3. Ucapan Pengerusi Surau
  4. Membentangkan Laporan Setiausaha
  5. Membentangkan Laporan Kewangan tahun 2007/ 2008
  6. Membentangkan usul-usul
  7. Hal-hal lain
  8. Ucapan penangguhan

Justeru, dengan hormatnya tuan/ puan dijemput untuk bersama-sama menghadiri mesyuarat tersebut. Diharap dengan adanya mesyuarat ini dapat membincangkan perkara-perkara berkaitan hal ehwal surau antara Pegawai dan Ahli Jawatankuasa serta Ahli Kariah untuk kebaikan bersama.

* Notis Mesyuarat Agong telah diedarkan kepada semua 130 Ahli Kariah.

29 Ogos 2008

Salam Ramadhan

Assalamualaikum wbt...

Sukacita dimaklumkan bahawa, Insyaallah pada bulan Ramadhan tahun ini sebagaimana pada tahun-tahun sebelumnya, Surau as-Sakinah akan mengadakan Program Ihya’ Ramadhan seperti Solat Sunat Tarawih berjemaah, Tahlil, More, Taddarus al-Quran dan seumpamanya. Surat makluman telah diedarkan kepada semua Ahli Kariah Surau kita.

Justeru, tuan/ puan khususnya Ahli Kariah Surau as-Sakinah dijemput agar dapat sama-sama menghidupkan Ramadhan pada tahun ini dengan lebih baik lagi daripada tahun-tahun sebelumnya dan seterusnya dapat mengimarahkan lagi surau kita yang kita cintai.

Kepada tuan/ puan yang berhajat untuk memberikan sumbangan untuk menampung perbelanjaan program/ aktiviti tersebut di atas, bolehlah berhubung terus dengan Pengerusi Surau, Tuan Haji Naini bin Wagiman.

Sekian dimaklumkan.

RAMADAN AL MUBARAK HADIR LAGI

SELAMAT BERPUASA DAN SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Hadith 1
A
bu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2
U
badah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5
I
bn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6
A
bu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

18 Ogos 2008

GOTONG ROYONG SEMPENA RAMADHAN 1429H

  • TARIKH: 24 OGOS 2008 (AHAD)
  • MASA: 9.00 PAGI
  • TEMPAT: SURAU AS-SAKINAH, KKB

* Semua ahli kariah dijemput hadir
- Sila bawa peralatan yg bersesuaian + jamuan ringan

Syukran

10 Ogos 2008

MESYUARAT AJK SURAU

  • Tarikh : 11.8.2008 (Isnin)
  • Masa : 9.05 malam (Slps. Solat Isya’)
  • Tempat : Surau as-Sakinah


Agenda Utama Mesyuarat:

  • Perbincangan bagi mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan Surau atas arahan JAIS.
  • Perbincangan pengisian Program Ihya’ Ramadhan 1429H.

* Semua Pegawai & AJK surau dengan hormatnya dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Terima kasih.