05 Disember 2007

Mesyuarat Korban/ Aqiqah dan Gotong Royong

1. Dimaklumkan bahawa satu mesyuarat bagi membincangkan persiapan Majlis Ibadah Korban/ Aqiqah akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh: 12 Dis 2007 (Rabu)
Masa: 9.00 p.m. (Slps solat Isya')
Tempat: Surau as-Sakinah

Semua peserta dan AJK adalah dijemput hadir.

2. Sempena majlis di atas, satu Program Gotong Royong akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh: 16 Dis 2007 (Sabtu
Masa: 9.00 a.m.
Tempat: Surau as-Sakinah

Semua ahli kariah dijemput hadir.
(Sila bawa peralatan yang bersesuaian & jamuan ringan)

Selamat Menunaikan Fardhu Haji

Pengerusi dan seluruh AJK Surau as-Sakinah mengucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5 iaitu fardhu haji khasnya kepada Sdra. Ahmad Shahril Akmar (AJK) serta isteri dan Sdra. Jamaluddin serta isteri (bekas AJK) dan seluruh umat Islam yang terlibat. Didoakan semoga mendapat haji yang mabrur dan selamat kembali ke tanah air.

04 Disember 2007

Korban/ Aqiqah 1428H

BORANG PENYERTAAN KORBAN/ AQIQAH

BAGI TAHUN 1428H/ 2007M

Nama pembayar : ..................................................................................................

Alamat : ..............................................................................................................

No. Telefon : ........................................ Alamat e-mel: .........................................

Bil.

Nama Peserta

Korban/ Aqiqah

Jumlah Bahagian

Jumlah































Makluman:

1. Yuran penyertaan ibadah korban bagi satu bahagian ialah RM330.00; manakala

bagi ibadah aqiqah pula, bagi satu bahagian RM380.00 (termasuk kos jamuan).

Pengakuan:

1. Sekiranya ada lebihan wang daripada kos penyelenggaraan Korban/ Aqiqah, saya dengan ikhlas hati menyumbangkan wang tersebut kepada pihak Surau as-Sakinah.

Yang benar, Diterima oleh,

................................. ...................................

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:

Nota:

Borang yang telah siap diisi beserta bayaran bolehlah diserahkan kepada Pengerusi Surau, Pegawai/ Ahli Jawatankuasa Surau, selewat-lewatnya 14 hari sebelum Hari Raya Korban.

Khairat Kematian

KHAIRAT KEMATIAN

KARIAH KUALA KUBU BHARU

DAPATKAN BORANG KEAHLIAN DI SURAU AS-SAKINAH

Pertanyaan @ cadangan &

Borang yang telah siap diisi boleh diserahkan kepada:

Biro Ekonomi & Kebajikan

Surau as-Sakinah

JADUAL PENGISIAN/ KULIAH ILMU TAHUN 2007

JADUAL PENGISIAN/ KULIAH ILMU TAHUN 2007

1

Tajuk: Tafsir al-Quran

Penceramah: Ustaz Azman Abd Latif

(Maktab Polis, KKB)

Masa: Slps Solat Maghrib

Hari: Ahad (Minggu ke-2)

Rujukan: Tafsir al-Quran


2

Tajuk: Sirah

Ustaz Shahrul

(Darul Quran, KKB)

Masa: Slps Solat Maghrib

Hari: Selasa (Setiap Minggu)

Rujukan: Fiqh al-Sirah

- Karangan Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti,

- Terbitan Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam

3

Tajuk: Perubatan Islam

Ustaz Bakri

(Darul Quran, KKB)

Masa: Slps Solat Maghrib

Hari: Rabu (Setiap Minggu)

Rujukan:

- Doa & Rawatan Penyakit (i)

- Karangan Dato’ Dr. Haron Din

- Percetakan Watan, Kuala Lumpur

- Cetakan Pertama 1997


4

Tajuk: Bacaan Surah Yasin dan Tahlil

Tuan Imam

(Surau as-Sakinah)

Masa: Slps Solat Maghrib

Hari: Khamis (Setiap Minggu)

Rujukan: - Surah Yasin

* Muslimin & Muslimat dijemput hadir.

Tarikh Penting 2007

TARIKH MILADIAH (HARI)

TARIKH HIJRIAH

HARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM

1.

20 Januari 2007

(SABTU)

01 Muharam 1428

Awal Muharam/ Maal Hijrah

2.

31 Mac 2007

(SABTU)

12 Rabiulawal 1428

Maulidur Rasul Muhammad S.A.W.

3.

11 Ogos 2007

(SABTU)

27 Rejab 1428

Israk dan Mikraj

4.

13 Sep 2007 *

(KHAMIS)

01 Ramadan 1428 *

Awal Ramadan/Berpuasa

5.

29 Sep 2007

(SABTU)

17 Ramadan 1428

Nuzul Al Quran

6.

13 Okt 2007 *

(SABTU)

01 Syawal 1428 *

Hari Raya Puasa/ Aidil Fitri

7.

11 Dis 2007

(SELASA)

01 Zulhijjah 1428

Awal Zulhijjah

8

20 Dis 2007 *

(KHAMIS)

10 Zulhijjah 1428 *

Hari Raya Korban/ Aidil Adha

* Tertakluk kepada perubahan.

AJK Surau as-Sakinah 2007-2010

1. Tn. Hj. Naini bin Wagiman, Pengerusi

No. 5, Jalan Damai 1

2. Mohd Sabli bin Bakri, Setiausaha

No. 12 Jalan Damai 6

3. En. Zulkifli bin Din, Penolong Setiausaha

No. 5, Jalan Damai 2

4. En. Jamil bin Ahmad Tinggal, Bendahari

No. 5, Jalan Damai 4

5. Tn. Hj. Alias bin Mohd Sharif, Imam 1

No. 9, Jalan Damai 11

6. Us. Zulkhairi bin M. Fadzlillah, Imam

No. 23, Jalan Damai 10

7. Tn. Hj. Ahmad bin Hassan, Bilal

No. 9, Jalan Damai 10

8. En. Jonit bin Imran, Siak

No. 1, Jalan Damai 8

9. En. Rahim bin Kamaruddin, AJK

No. 5, Jalan Damai 10

10. Tn. Hj. Baki bin Ishak, AJK

No. 22, Jalan Damai 9

11. En. Ahmad Shahril Akmar bin Ahmad Rashdi, AJK

No. 1, Jalan Damai 9

12. En. Azmi bin Asri, AJK

No. 22, Jalan Damai 6

13. En. Mohd Tarmizi bin Ahmad Adnan, AJK

No. 2, Jalan Damai 8

14. Tn. Hj. Abu Hassan Ashaari bin Hj. Kasim, AJK

No. 5, Jalan Damai 14

15. En. Hasnizan bin Mutasar, AJK

No. 4, Jalan Damai 6

16. Tn. Hj. Abdul Rashid bin Hassan, AJK

No. 11, Jalan Damai 8

17. Mejar Mohamad bin Mahammod, Pemeriksa kira-kira

No. 11, Jalan Damai 4

18. En. Md Dosah bin Aziz, Pemeriksa kira-kira

No. 3, Jalan Damai 5

11 November 2007

Muzakarah imam lulus empat usul

BANGI 15 Jun – Muzakarah Imam-Imam Peringkat Kebangsaan 2007 yang berakhir hari ini meluluskan empat usul iaitu menjadikan masjid sebagai hab ekonomi umat Islam, memantapkan sistem pengurusannya, mengukuhkan kedudukannya sebagai institusi ilmu dan menjadikannya pusat komuniti.

Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, usul pertama berkaitan ekonomi itu membabitkan langkah membentuk jawatankuasa bertindak peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.

‘‘Jawatankuasa ini bertanggungjawab menyediakan garis panduan dan pelan tindakan untuk diguna pakai oleh masjid di seluruh negara.

‘‘Hab ekonomi yang dicadangkan ialah dalam bentuk perniagaan seperti kedai runcit, restoran, busana muslim, kedai buku, kafe siber dan penyediaan rumah sewa serta industri kecil dan ringan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan ketetapan muzakarah pada penutup majlis berkenaan yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk muzakarah itu berkata, usul kedua membabitkan langkah memantapkan sistem pengurusan masjid supaya ia menjadi lebih profesional.

‘‘Pegawai masjid yang bertauliah terutama yang berkemahiran dalam bidang pentadbiran perlu dilantik sebagai pengurus masjid dan mereka harus disediakan dengan kemudahan komunikasi dan infrastruktur terkini.

‘‘Kita juga mahu persekitaran fizikal masjid sentiasa bersih dan cantik dan mempunyai sistem keselamatan yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, usul ketiga, melibatkan cadangan menjadikan masjid sebagai institusi ilmu yang cemerlang dengan mengadakan kuliah ilmiah dalam bidang sains, teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), di samping pengajian agama sedia ada.

‘‘Ia juga perlu mempunyai perpustakaan yang lengkap dan menjadi pusat pengajian tentang barat seperti gereja yang mempunyai pengajian oriental,” ujarnya.

Usul keempat, katanya, melibatkan usaha menjadikan masjid sebagai pusat komuniti bagi menjaga kanak-kanak kurang upaya dan perlindungan remaja kurang bernasib baik.

‘‘Ia juga perlu menubuhkan pasukan sukarelawan bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan seperti membantu mangsa banjir dan kemalangan,” katanya.

Contohi Masjidilharam, Nabawi

BANGI 13 Jun – Pentadbir masjid di negara ini diminta mencontohi lapan keistimewaan yang terdapat pada Masjidil haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah yang kini diiktiraf sebagai masjid terbaik di kalangan negara-negara Islam.

Ketua Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Nik Azis Nik Pa berkata, lapan kelebihan itu ialah reka bentuk bangunan yang indah sehingga menimbulkan kekaguman di kalangan pengunjung.

Beliau berkata, masjid berkenaan juga dipastikan sentiasa bersih dan mempunyai sistem pembesar suara yang baik sehingga membolehkan khutbah didengari walaupun di mana makmum berada.

“Ketinggian mutu bacaan al-Quran juga amat dikagumi sehingga menimbulkan perasaan tenang di kalangan pendengar manakala bacaan doa dan hadis juga menggunakan sebutan bahasa Arab yang fasih.

“Jumlah jemaah juga ramai, mempunyai bilangan tandas yang banyak dan kemudahan bekalan air untuk mengambil wuduk dan minuman yang bersih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Masjid Sebagai Sumber Kekuatan Umat Memperkenalkan Konsep Amalan Masjid Terbaik pada Muzakarah Imam-Imam Peringkat Kebangsaan 2007 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Nik Azis berkata, pengurusan masjid secara moden di Singapura yang dilaksanakan sejak 2003 boleh dicontohi kerana ia membahagikan masjid mengikut kategori daripada cemerlang sehingga yang kurang baik.

“Di republik itu masjid yang dikategorikan sebagai cemerlang akan dijadikan contoh untuk diikuti oleh masjid-masjid lain,” jelasnya.

Kata beliau, terdapat juga anugerah tokoh imam cemerlang di Singapura yang menyediakan ganjaran kewangan bagi menggalakkan imam bersaing sesama sendiri untuk menjadi yang terbaik.

Tambah beliau, pihak pentadbir masjid juga boleh menjadikan pengurusan rumah ibadat agama lain sebagai contoh kerana ada yang diurus dengan cemerlang.

“Saya tetarik dengan tokong yang diuruskan kumpulan agama Buddha, Soka Gakkai kerana ia menyediakan tenaga sukarelawan daripada kalangan remaja untuk memastikan pengunjung meletakkan kenderaan dengan teratur.

“Kita seharusnya berasa malu jika membandingkannya dengan keadaan masjid pada waktu sembahyang Jumaat apabila kenderaan diletakkan sesuka hati oleh jemaah sehingga menghalang lalu lintas dan menimbulkan kemarahan kepada penganut agama lain,” ujarnya.

"10 AMALAN YANG TERBALIK"

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurutIslam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan 10 contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.
Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.


Fikir-fikir kan..