20 Disember 2008

PENDAFTARAN AHLI KARIAH SURAU AS-SAKINAH TAHUN 2008



Semua Ahli Kariah
Surau as-Sakinah, Taman Damai Utama
44000 Kuala Kubu Bharu


Tuan/ Puan,

PENDAFTARAN AHLI KARIAH SURAU AS-SAKINAH TAHUN 2008

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. Surat daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ruj:(3)dlm.JAI.SelBPM/01/001/33,Jld.2 bertarikh 18 November 2008M berkenaan pendaftaran Ahli Kariah Masjid dan Surau Negeri Selangor adalah berkaitan.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak JAIS melalui surat tersebut di atas telah mengarahkan agar setiap masjid dan surau di negeri Selangor membuat bancian dan seterusnya mendaftarkan Ahli Kariahnya menggunakan sekeping borang khas yang dikeluarkan oleh pihak JAIS. Di antara syarat Ahli Kariah yang perlu dibanci dan didaftarkan ialah warganegara Malaysia, beragama Islam, berumur 18 tahun ke atas, lelaki dan perempuan, tinggal tetap bermukim dan bermastautin di dalam kariah surau.

3. Bagi memudahkan urusan bancian dan pendaftaran tersebut, wakil daripada Surau as-Sakinah akan terus membuat bancian dan pendaftaran dari rumah ke rumah. Urusan ini akan dijalankan secepat mungkin memandangkan pihak surau kesuntukan masa untuk menyelesaikan keseluruhan urusan ini selewat-lewatnya sebelum 31 Disember 2008.

4. Besarlah harapan kami agar pihak tuan/ puan dapat melapangkan sedikit masa dan kerjasama kepada wakil surau yang akan berkunjung ke rumah tuan/ puan untuk urusan tersebut demi kebaikan bersama. Segala perhatian pihak tuan/ puan amatlah dihargai dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.



(HAJI NAINI BIN WAGIMAN)
Pengerusi
Surau as-Sakinah
Taman Damai Utama, KKB