27 November 2008

MAJLIS KORBAN 1429H SURAU AS-SAKINAH, TAMAN DAMAI UTAMA, KKB

Kepada:
Ahli Kariyah, Surau as-Sakinah
Taman Damai Utama
44000 KUALA KUBU BHARU


Tuan/ puan,

MAJLIS KORBAN 1429H SURAU AS-SAKINAH, TAMAN DAMAI UTAMA, KKB

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Insyaallah sempena Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini sebagaimana pada tahun-tahun sebelumnya, Surau as-Sakinah akan mengadakan majlis korban seperti maklumat berikut.

Tarikh: 8 Disember 2007 (Isnin)
Masa: Selepas solat sunat Aidil Adha (10.00 pagi)
Tempat: Perkarangan Surau as-Sakinah
Aturcara majlis: 10.00 pg- Menyembelih dan melapah 4 ekor lembu
11.45 pg- Agihan daging korban
12.00 tgh hari - Mengemas dan membersih kawasan

4. Justeru, kehadiran tuan/ puan (yang tidak pulang berhari raya di kampung) amatlah diharapkan memandangkan jumlah 4 ekor lembu untuk dikorbankan memerlukan tenaga sukarela yang ramai untuk melapah dan mengagihkan daging korban tersebut. Sila bawa peralatan bersesuaian untuk kerja-kerja melapah dan memotong daging seperti pisau daging, parang, kapak dan batu asah.

5. Pada tahun ini, daging korban akan terus diagihkan kepada yang hadir di surau dan edaran terus ke rumah Ahli Kariyah tanpa menggunakan kupon. Segala perhatian pihak tuan/ puan amatlah dihargai dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan amanah,


(HAJI NAINI BIN WAGIMAN)
Pengerusi Surau as-Sakinah
Taman Damai Utama, KKB

Tiada ulasan: