22 September 2008

GOTONG ROYONG BUAT BUBUR LAMBOK

Pada bulan keberkatan ini, selain dari amal ibadat, bersedekah juga dituntun dalam islam. Sedekah tidak sahaja terhad kepada wang ringgit, pakaian, makanan dan lain-lain. Diatas kesedaran itu jugalah Kelab Basikal As Sakinah (ASCC ) dengan kerjasama AJK Surau yang di ketuai Tuan Haji Naini Wagiman telah mengatur satu program masak bubur lambuk.
Pada cuti Nuzul Quran yang lalu 17/9/2008 Ahli ASCC yang di ketuai oleh Lf. Kol. Muhamad Mahmud telah menjalankan gotong royong tersebut di perkarangan Surau As Sakinah Taman Damai Utama KKB.

Tok Pengerusi surau bersama ahli ASCC buat persiapan

Tim. Pengerusi ASCC Hamzah ( Baju Hijau ) turut serta

Mr. T dengan topi koboi dan Mauli
Hj Ahmad (Imam), Alias dan Mustafa melayan bawang
Saudara Azmi jurufoto yang aktif
Chef Maskamal......... memang hebat
Amin, Sabli dan Cekgu.... buat persiapan bekas bubur
Tok Pengerusi terlupa beli barang ... tidak jadi hal

Tuan Haji Naini Wagiman-Pengerusi Surau
Tuan Haji Ahmad Hassan-Imam


Tok Siak Hj Rasyid sedang mengira jumlah bekas bubur

Tok siak bersama anak-anak kariah

Chef maskamal sentiasa memantau

Bekas bubur lambuk tercatat perkataan 'Tulus Iklas'

Ustaz Bakri- Pensyarah Darul Quran dan Iman surau

Bubur dah masak dan siap dituang dalam bekas

Kesemua bubur lambok di edarkan kepada seluruh penduduk Islam Taman Damai. Hasil dari sumbangan itu pihak AJK surau menerima maklum balas dari penduduk yang rata-rata memuji masakan tersebut dan mahukan aktiviti sebegini berterusan setiap tahun. Insyallah. Kami AJK Surau dan AJK ASCC merasakan ianya hanya sedikit sumbangan kepada penduduk dan bukan pujian yang kami harapkan melainkan perkataan Syukur dan Alhamdulilah. Insyallah kita akan meneruskan program ini dan ianya akan lebih meriah dan jika ramai lagi penyumbang yang sudi menyumbang untuk tujuan ini atau untuk kemudahan Kariah surau.

Tiada ulasan: