21 Ogos 2009

Salam Ramadhan al-Mubarak 1430H

Assalamualikum...wbt...

Salam Ramadhan al-Mubarak 1430H diucapkan khusus kepada Ahli Kariah Surau as-Sakinah, Taman Damai Utama, KKB dan kepada seluruh Ummat Islam amnya. Semoga dirahmati dan diberkati.

Di antara Program Ihya' Ramadhan 1430H Surau as-Sakinah:
  • Solat fardhu berjemaah
  • Solat sunat Tarawih
  • Bacaan Tahlil
  • Moreh
  • Taddarus al-Quran
  • Majlis khatam al-Quran
  • Iftar
  • Kutipan zakat fitrah
  • ...dan banyak lagi...
Semua Ahli Kariah dijemput untuk mengimarahkan surau kita dan menghidupkan Ramadhan al-Mubarak pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

- AJK

09 Ogos 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 4/2009

Assalamualaikum Warahmatullah...

Alhamdulillah, mesyuarat jawatankuasa bil. 4/2009 telah selamat diadakan pada 5 Ogos 2009 khusus untuk membincangkan persediaan program ihya' Ramadhan 1430H.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, insyaallah, di antara program yang telah diatur ialah solat sunat tarawih, taddarus, moreh, majlis berbuka puasa etc. More details akan dimaklumkan melalui surat yang akan diedarkan ke rumah setiap Ahli Kariah Surau as-Sakinah.

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1430H!

Sekian dulu, wassalam.

08 Mac 2009

Sambutan Maulidur Rasul 1430H



Sempena sambutan Maulidur Rasul 1430H Surau as-Sakinah , Taman Damai Utama akan mengadakan siri ceramah/ kuliah seperti butiran berikut:

Tarikh : 14, 21, 28 Mac dan 4 April 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam (Slps. Solat Maghrib)
Tempat : Surau as-Sakinah
Tajuk : Riwayat Rasulullah (S.A.W.) menurut Kitab al-Barzanji
Penceramah: Ustaz Haji Mohd Asri Ibrahim (Darul Quran, KKB)

Muslimin muslimat khasnya Ahli Kariah Surau as-Sakinah dijemput hadir.

Salam Maulidur Rasul 1430H dari seluruh Pegawai & Ahli Jawatankuasa Surau as-Sakinah.

01 Februari 2009

MESYUARAT AGONG TAHUNAN KHAIRAT KALI KE-34

Sukacita dimaklumkan, Mesyuarat Agong Tahunan Khairat Kali Ke-34 akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh: 8 Februari 2009 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu

Semua Ahli Khairat dijemput hadir.
Elaun kehadiran sebanyak RM10.00 akan diberikan kepada ahli yang hadir.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 03-60641573

06 Januari 2009

TERIMA KASIH & PENGHARGAAN

Kepada: Ustaz Zulkhairi bin M. Fadhlillah (Pensyarah UIA, Imam & tenaga pengajar Surau as-Sakinah semenjak tahun 2003) yang telah berpindah ke Selayang.

Seluruh Ahli Jawatankuasa dan Ahli Kariah Surau as-Sakinah, mengucapkan penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan yang telah beliau berikan untuk surau ini.

Juga diucapkan selamat maju jaya dan segala jasa baik pihak tuan tersebut, hanya Allah S.W.T. yang dapat membalasnya.

Syukran Jazeelan Ya Ustaz.

03 Januari 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1430


Salam Maal Hijrah 1430 diucapkan kepada semua pengunjung blog ini khususnya Ahli Kariah Surau as-Sakinah, Taman Damai Utama, Kuala Kubu Bharu.

Semoga kita semua sentiasa dilindungi, dirahmati oleh Allah (S.W.T.) serta sukses selalu.

Tidak lupa doa kita kepada umat Islam yang ditindas diseluruh dunia terutama rakyat Palestin yang dizalimi oleh pengganas Yahudi semoga mereka diberi kemenangan dan pembelaan. Ameen.

20 Disember 2008

PENDAFTARAN AHLI KARIAH SURAU AS-SAKINAH TAHUN 2008



Semua Ahli Kariah
Surau as-Sakinah, Taman Damai Utama
44000 Kuala Kubu Bharu


Tuan/ Puan,

PENDAFTARAN AHLI KARIAH SURAU AS-SAKINAH TAHUN 2008

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. Surat daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ruj:(3)dlm.JAI.SelBPM/01/001/33,Jld.2 bertarikh 18 November 2008M berkenaan pendaftaran Ahli Kariah Masjid dan Surau Negeri Selangor adalah berkaitan.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak JAIS melalui surat tersebut di atas telah mengarahkan agar setiap masjid dan surau di negeri Selangor membuat bancian dan seterusnya mendaftarkan Ahli Kariahnya menggunakan sekeping borang khas yang dikeluarkan oleh pihak JAIS. Di antara syarat Ahli Kariah yang perlu dibanci dan didaftarkan ialah warganegara Malaysia, beragama Islam, berumur 18 tahun ke atas, lelaki dan perempuan, tinggal tetap bermukim dan bermastautin di dalam kariah surau.

3. Bagi memudahkan urusan bancian dan pendaftaran tersebut, wakil daripada Surau as-Sakinah akan terus membuat bancian dan pendaftaran dari rumah ke rumah. Urusan ini akan dijalankan secepat mungkin memandangkan pihak surau kesuntukan masa untuk menyelesaikan keseluruhan urusan ini selewat-lewatnya sebelum 31 Disember 2008.

4. Besarlah harapan kami agar pihak tuan/ puan dapat melapangkan sedikit masa dan kerjasama kepada wakil surau yang akan berkunjung ke rumah tuan/ puan untuk urusan tersebut demi kebaikan bersama. Segala perhatian pihak tuan/ puan amatlah dihargai dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.



(HAJI NAINI BIN WAGIMAN)
Pengerusi
Surau as-Sakinah
Taman Damai Utama, KKB

28 November 2008

Gotong Royong Sempena Majlis Korban 1429H

Salam,

Aktiviti di atas akan diadakan berdasarkan maklumat berikut:

Tarikh: 6 Disember 2008 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Surau as-Sakinah, Jalan Damai 10

Semua Ahli Kariyah dijemput hadir.

Wassalam.

27 November 2008

MAJLIS KORBAN 1429H SURAU AS-SAKINAH, TAMAN DAMAI UTAMA, KKB

Kepada:
Ahli Kariyah, Surau as-Sakinah
Taman Damai Utama
44000 KUALA KUBU BHARU


Tuan/ puan,

MAJLIS KORBAN 1429H SURAU AS-SAKINAH, TAMAN DAMAI UTAMA, KKB

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Insyaallah sempena Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini sebagaimana pada tahun-tahun sebelumnya, Surau as-Sakinah akan mengadakan majlis korban seperti maklumat berikut.

Tarikh: 8 Disember 2007 (Isnin)
Masa: Selepas solat sunat Aidil Adha (10.00 pagi)
Tempat: Perkarangan Surau as-Sakinah
Aturcara majlis: 10.00 pg- Menyembelih dan melapah 4 ekor lembu
11.45 pg- Agihan daging korban
12.00 tgh hari - Mengemas dan membersih kawasan

4. Justeru, kehadiran tuan/ puan (yang tidak pulang berhari raya di kampung) amatlah diharapkan memandangkan jumlah 4 ekor lembu untuk dikorbankan memerlukan tenaga sukarela yang ramai untuk melapah dan mengagihkan daging korban tersebut. Sila bawa peralatan bersesuaian untuk kerja-kerja melapah dan memotong daging seperti pisau daging, parang, kapak dan batu asah.

5. Pada tahun ini, daging korban akan terus diagihkan kepada yang hadir di surau dan edaran terus ke rumah Ahli Kariyah tanpa menggunakan kupon. Segala perhatian pihak tuan/ puan amatlah dihargai dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan amanah,


(HAJI NAINI BIN WAGIMAN)
Pengerusi Surau as-Sakinah
Taman Damai Utama, KKB

07 November 2008

Fw: Kem Remaja Bestari Solat keArah Bina Insan Bertaqwa



--- On Sat, 11/8/08, Ustaz Ismail <darulqy@myjaring.net> wrote:
From: Ustaz Ismail <darulqy@myjaring.net>
Subject: Kem Remaja Bestari Solat keArah Bina Insan Bertaqwa
To: sabli@yahoo.com
Date: Saturday, November 8, 2008, 2:35 AM

Untitled DARUL QURAN BANDAR SUNWAY
- Program Musim Cuti Sekolah -

Mempersilakan Tuan/Puan untuk memenuhkan musim cuti remaja dengan
"Kem Bestari Solat keArah Bina Insan Bertaqwa"

KONSEP BERASRAMA DAN SEPENUH MASA BERIBDAT

TARBIAH ISLAM AM UNTUK REMAJA
(UMUR: 10 TAHUN HINGGA 15 TAHUN)
ASRAMA DI SEDIAKAN TERMASUK MAKAN MINUM


PROGRAM

- Qiamullail
- Bimbingan Solat, Latihan Azan/Iqqamat/Jadi Imam - Sessi kaunseling - Asas Fardu Ain - Kisah Anbia - Tajwid Al Quran - Tafsir Al Quran - Sunnah Nabi


Matalamat: 1. Menanam ruh solat dan pengaruh dalam kehidupan harian 2. Meninggkat kan insan robanni

Tarikh: 28 November 2008 hingga 30 November, 2008

Tempat:Darul Quran, Bandar Sunway,
Selangor No. 14A, Jalan PJS 10/32
Bandar Sri Subang 46000 Petaling Jaya
(Belakang Masjid Bandar Sunway bertentangan dengan Sunway Lagoon)


Yuran:RM 120.00 (Makan,Minum,Nota dll)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
- Ustaz Ismail Tel: 012-3617494,019-2662771
- Ustaz Nik Tel: 016-3558053, 012-2219811

Email:  Ustaz

(TOLONG HEBAH KAN KEPADA KENALAN ANDA)


04 November 2008

PROGRAM KORBAN/ AKIKAH 1429H

Sukacita dimaklumkan bahawa, Insyaallah sempena Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini sebagaimana pada tahun-tahun sebelumnya, Surau as-Sakinah akan mengadakan majlis korban/ akikah.

Yuran penyertaan ibadah korban bagi satu bahagian ialah RM330.00; manakala
bagi ibadah aqiqah pula, bagi satu bahagian RM380.00 (termasuk kos jamuan).

Justeru, penyertaan tuan/ puan amatlah dialu-alukan.

Borang penyertaan boleh didapati di Surau as-Sakinah atau melalui Pengerusi dan AJK surau. Borang-borang yang telah siap diisi beserta bayaran bolehlah diserahkan kepada Pengerusi Surau, Pegawai/ Ahli Jawatankuasa Surau, selewat-lewatnya 14 hari sebelum Hari Raya Korban.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Setiausaha.

09 Oktober 2008

TAKBIR DIMALAM RAYA

Salam .............. Salam Lambaran

Semperna meraikan kemenangan seluruh umat islam mengerjakan ibadat Puasa dan 1 syawal pasti tiba. Pada malam yang kita katakan raya itu sememangnya dituntut kita melakukan ibadat-ibadat sunat, diantaranya solat sunat kesyukuran, solat taubat, sunat tasbih dan banyak lagi yang dituntut. Pada malam raya ini juga kita disunatkan bertakbir tidak kira dimana.
Bagi penduduk Taman Damai Utama, Kuala Kubu Bharu aktiviti bertakbir dimalam raya merupakan acara yang saban tahun dilakukan. Bermula solat magbrib, isya dan bertakbir di surau AS Sakinah seterusnya bertakbir dari rumah kerumah. Pada malam tersebut lebih 10 buah rumah telah dikunjungi. Alhamdulilah. Selepas takbir jamuan diadakan.

Pengerusi Surau Hj Naini bersama Imam Hj Alias dan Hj Hamid

Jamuan diadakan bagi meraikan tetamu

Saudara Hasani membantu menyediakan juadah untuk amin

Bermaafan bersama tuan rumah saudara Arshad

Rasa syukur tuan rumah atas kunjungan imam dan jamaah

Pak Chat tidak lupa juga Duit raya untuk kanak-kanak

Tuan Imam menikmati hidangan yang disediakan.

Kepada semua pengunjung blok ini, Amalan ziarah dari rumah ini sangat digalakan dan ada dinyatakan adap-adap semasa berkunjung, diantaranya tidak terlalu lama, jaga tuturkata serta mata dan banyak lagi........( sila kunjungi soaljawab agama dalam Megasutra http://www.darulnuman.com/)
Bagi kami di Surau As Sakinah Taman Damai Utama. Insyallah akan meneruskan aktiviti kunjung mengunjung di hari raya ini.