09 Oktober 2008

TAKBIR DIMALAM RAYA

Salam .............. Salam Lambaran

Semperna meraikan kemenangan seluruh umat islam mengerjakan ibadat Puasa dan 1 syawal pasti tiba. Pada malam yang kita katakan raya itu sememangnya dituntut kita melakukan ibadat-ibadat sunat, diantaranya solat sunat kesyukuran, solat taubat, sunat tasbih dan banyak lagi yang dituntut. Pada malam raya ini juga kita disunatkan bertakbir tidak kira dimana.
Bagi penduduk Taman Damai Utama, Kuala Kubu Bharu aktiviti bertakbir dimalam raya merupakan acara yang saban tahun dilakukan. Bermula solat magbrib, isya dan bertakbir di surau AS Sakinah seterusnya bertakbir dari rumah kerumah. Pada malam tersebut lebih 10 buah rumah telah dikunjungi. Alhamdulilah. Selepas takbir jamuan diadakan.

Pengerusi Surau Hj Naini bersama Imam Hj Alias dan Hj Hamid

Jamuan diadakan bagi meraikan tetamu

Saudara Hasani membantu menyediakan juadah untuk amin

Bermaafan bersama tuan rumah saudara Arshad

Rasa syukur tuan rumah atas kunjungan imam dan jamaah

Pak Chat tidak lupa juga Duit raya untuk kanak-kanak

Tuan Imam menikmati hidangan yang disediakan.

Kepada semua pengunjung blok ini, Amalan ziarah dari rumah ini sangat digalakan dan ada dinyatakan adap-adap semasa berkunjung, diantaranya tidak terlalu lama, jaga tuturkata serta mata dan banyak lagi........( sila kunjungi soaljawab agama dalam Megasutra http://www.darulnuman.com/)
Bagi kami di Surau As Sakinah Taman Damai Utama. Insyallah akan meneruskan aktiviti kunjung mengunjung di hari raya ini.

29 September 2008

Salam Aidil Fitri


Assalamualaikum...wbt...

Sempena hari baik, dan bulan penuh keberkatan ini, saya mewakili semua AJK Surau As-Sakinah, Taman Damai Utama ingin mengucapkan Salam lebaran, Minal Aidil Wal Faizin. Istimewa buat seluruh Ahli Kariah Surau as-Sakinah khususnya dan seluruh pengunjung blog ini amnya. Maaf Zahir & Batin atas sebarang kelemahan, mahupun kesilapan disepanjang kami menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Semoga sentiasa di dalam kerahmatan & keredhaanNya di samping keluarga tercinta.

Setiausaha, Surau As-Sakinah

26 September 2008

SEMOGA ALLAH SAHAJA YANG MEMBALASNYA

Salam..................

Sepanjang bulan Ramadhan yang berkat ini, Surau As sakinah ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih diatas usaha-usaha mereka-mereka dibawah ini yang menjalankan kewajipan dan tanggungjawab yang di tuntut oleh agama. Alhamdulilah


Tuan Haji Naini-- Pengerusi Surau

Tuan Haji Ahmad Hassan--- Imam/Bilal

Ustaz Zulhairi..... Imam/Pensyarah Taskirah

Ustaz Bakri---- Imam/Ketua Imam Terawih

Berikut diantara Imam-imam dari Darul Quran yang memberikan sumbangan kepada ahli kariah Surau As Sakinah di sepanjang Ramadhan.







Tuan Haji Zaodi -- Bilal Masjid KKB/Amil Taman Damai

Maskamal berkerja sama bersama Pak Chat dan Latif (menyediakan jamuan )
Syukur.... Hamba Allah sedekahkan Langsir baru untuk surau

Sumbangan Hamba Allah berjaya mencantikkan bilik azan Surau
Terima kasih juga kepada petugas-petugas yang lain tetapi tiada gambar didalam simpanan seperti Bilal Haji Rasyid, Haji Hamid, Osman dan Penyedia Jamuan Pak Chat dan Latif. Alhamdulilah. Jazakallah....
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin dari saya Mr. T

23 September 2008

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Alhamdulilah, pada malam 23.09.2008 (Selasa), selepas solat tarawih bertempat di Surau as-Sakinah telah diadakan Majlis Khatam al-Quran dan penyampaian cenderahati kepada peserta taddarus, Ahli Jawatankuasa Surau, Imam-imam dan bilal-bilal Tarawih, serta tak ketinggalan petugas-petugas moreh sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.

SENARAI PESERTA TADDARUS (REMAJA LELAKI)

1 Sdra. Fakhrullah Azizi bin Hj. Ahmad
2 Sdra. Muhammad Anwar bin Jamil
3 Sdra. Muhammad Afiq bin Abd Rahim
4 Sdra. Ahmad Adam bin Ahmad Shahril Akmar
5 Sdra. Mohd Hakim bin Hj. Abd. Hamid
6 Sdra. Mohd Aizat Afiq bin Bakri
7 Sdra. Usamah Zaid bin Khairudin
8 Sdra. Tajul Ariffin bin Mauliazam
9 Sdra. Amirul Asyraf bin Azhari

SENARAI PESERTA TADDARUS (REMAJA PEREMPUAN)

1 Adik Nurul Nabiha bt Hj. Ahmad Shahril Akmar
2 Adik Nurul Nabila bt Hj. Ahmad Shahril
3 Adik Nur Asyira

SENARAI PESERTA TADDARUS (LELAKI DEWASA)

1 Hj. Ahmad bin Hassan
2 Us. Sukhairu bin Sulaiman
3 Hj. Abdul Rashid bin Hassan
4 Hj. Ahmad Shahril Akmar bin Ahmad Rashdi
5 En. Jamil bin Ahmad Tinggal
6 En. Abd. Rahim bin Kamaruddin
7 En. Jonit bin Imran
8 Us. Zulkhairi bin M Fadzlillah

SENARAI PESERTA TADDARUS (PEREMPUAN DEWASA)

1 Hjh. Siti Zulaikha binti Abd. Ghani
2 Hjh. Normah binti Che Lah





ORGANISASI SURAU AS-SAKINAH, TAMAN DAMAI UTAMA, KKB
BAGI TEMPOH 2007-2010


Pengerusi: Tn. Hj. Naini bin Hj. Wagiman
Setiausaha: En. Mohd Sabli bin Bakri
Pen. Setiausaha: En. Zulkifli bin Din
Bendahari: En. Ahmad Shahril Akmar bin Ahmad Rashdi
Imam 1: Tn. Hj. Alias bin Mohd Sharif
Imam: Us. Zulkhairi bin M. Fadzlillah
Imam: Us. Bakri Amboala
Imam: Us. Shahrulkarnain
Bilal: Tn. Hj. Ahmad bin Hassan
Siak: Tn. Hj. Abdul Rashid bin Hassan

AJK:
1. Tn. Hj. Abu Hassan Ashaari bin Hj. Kasim
2. En. Mohd Tarmizi bin Ahmad Adnan
3. En. Azmi bin Asri
4. En. Hasnizan bin Mutasar
5. En. Jamil bin Ahmad Tinggal
6. En. Jonit bin Imran
7. En. Rahim bin Kamaruddin
8. Tn. Hj. Abd. Hamid bin Bidin
9. En. Osman bin L. Awang
10. Hjh. Faridah binti Mat Hashim
11. Pn. Siti Zulaikha binti Abdul Ghani

Pemeriksa kira-kira:
1. Lt. Kol. Mohamad bin Mahammod
2. En. Md Dosah bin Aziz

Foto sekitar majlis akan di"upload" kemudian. Syukra Jazeelan.

22 September 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA KELAB BASIKAL AS SAKINAH

Satu Majlis Berbuka anjuran Kelab Basikal As Sakinah ( As Sakinah Cycling Club ) telah diadakan diperkarangan Surau As Sakinah pada Jumaat 19/9/2008 bersamaan 19 Ramadan 1429. Didalam majlis tersebut semua AJK Surau, AJK ASCC dan ahli kariah di jemput hadir.
Aturcara pada malam itu ringkas dan diteruskan Solat Maghrib, Solat Isya dan Solat Sunat Terawih........

Tim. Pengerusi ASCC Hamzah dan AJK lain

Tuan Iman-Haji Alias disaat menanti waktu berbuka

Sebahagian yang Hadir

Pengerusi Surau Haji Naini berbaju biru

Turut serta jiran kami Apek Alam.....

Bersama tetamu-tetamu lain

Makan Nasi selepas solat maghrib

Hidangan Istimewa
Md Dosah....... Alhamdulilah
Ketika ini semuanya khusuk.......



Insyallah dimasa akan datang majlis berbuka yang dianjurkan oleh ASCC ini akan di teruskan.

GOTONG ROYONG BUAT BUBUR LAMBOK

Pada bulan keberkatan ini, selain dari amal ibadat, bersedekah juga dituntun dalam islam. Sedekah tidak sahaja terhad kepada wang ringgit, pakaian, makanan dan lain-lain. Diatas kesedaran itu jugalah Kelab Basikal As Sakinah (ASCC ) dengan kerjasama AJK Surau yang di ketuai Tuan Haji Naini Wagiman telah mengatur satu program masak bubur lambuk.
Pada cuti Nuzul Quran yang lalu 17/9/2008 Ahli ASCC yang di ketuai oleh Lf. Kol. Muhamad Mahmud telah menjalankan gotong royong tersebut di perkarangan Surau As Sakinah Taman Damai Utama KKB.

Tok Pengerusi surau bersama ahli ASCC buat persiapan

Tim. Pengerusi ASCC Hamzah ( Baju Hijau ) turut serta

Mr. T dengan topi koboi dan Mauli
Hj Ahmad (Imam), Alias dan Mustafa melayan bawang
Saudara Azmi jurufoto yang aktif
Chef Maskamal......... memang hebat
Amin, Sabli dan Cekgu.... buat persiapan bekas bubur
Tok Pengerusi terlupa beli barang ... tidak jadi hal

Tuan Haji Naini Wagiman-Pengerusi Surau
Tuan Haji Ahmad Hassan-Imam


Tok Siak Hj Rasyid sedang mengira jumlah bekas bubur

Tok siak bersama anak-anak kariah

Chef maskamal sentiasa memantau

Bekas bubur lambuk tercatat perkataan 'Tulus Iklas'

Ustaz Bakri- Pensyarah Darul Quran dan Iman surau

Bubur dah masak dan siap dituang dalam bekas

Kesemua bubur lambok di edarkan kepada seluruh penduduk Islam Taman Damai. Hasil dari sumbangan itu pihak AJK surau menerima maklum balas dari penduduk yang rata-rata memuji masakan tersebut dan mahukan aktiviti sebegini berterusan setiap tahun. Insyallah. Kami AJK Surau dan AJK ASCC merasakan ianya hanya sedikit sumbangan kepada penduduk dan bukan pujian yang kami harapkan melainkan perkataan Syukur dan Alhamdulilah. Insyallah kita akan meneruskan program ini dan ianya akan lebih meriah dan jika ramai lagi penyumbang yang sudi menyumbang untuk tujuan ini atau untuk kemudahan Kariah surau.